?

Log in

Bersua Kembali....

Setelah lama tidak bersua, namun akhirnya aku terpaksa menemuimu kembali. Bukan aku tidak rindu, tapi aku tidak bisa membahagikan masa. Rupanya, demi mendepani ilmu, aku bisa menemui mu semula.Aku tidak akan meminggirkan mu lagi....LIVE JOURNAL, biarlah kita melangkah bersama meneroka persada ilmu di alam maya ini.

Aduhai...

Hari ini 21 Mac,kembali menemui anak-anak didikku setelah bercuti selama seminggu.Hatipun berasa lapang dan seronok kerana tugasan kelmarin dapat dilaksanakan. Dua pembentangan selesai bersama Pak Im dan Dr.Sharifah. Sedaya upaya,aku cuba melaksanakan yang terbaik.Walaupun ada beberapa tugasan yang tidak menepati, inilah peluang untuk aku belajar.Terima kasih kepada Pensyarah yang begitu sabar membimbing pelajar-pelajar dilewat usia ini. Wacana meta akhirnya dapat ku serahkan menepati tarikh yang diminta. Jenuh juga melatih diri supaya berdisiplin.Setiap hari aku menulis 20 wacana supaya aku dapat menyudahkannya. Namun, terkadang apabila sibuk "laptop" tidak terusik.Kini ,selain menyelesaikan tugasan yang menanti di sekolah,aku mula melaksanakan kajian mini tentang kemahiran membaca dalam kalangan murid tahun Enam Permata.Kasihan,apa sebabnya mereka tidak menguasai 3M? Terkadang ada rasa kecewa, marah , geram .Adakah disebabkan kegagalan guru mereka tidak boleh membaca, murid yang tidak ada keinginan mahu belajar atau faktor ibu bapa yang mengabaikan dan meminggirkan terus dalam memantau perkembangan anak-anak mereka.Moga kajian ringkas ku ini sedikit-sebanyak dapat membantu mereka ini supaya ada perasaan mencintai ilmu.

PENGEMBARAAN SIBER

Serampang dua mata. Di samping sibuk menyiapkan tugasan kerja, cuba juga curi-curi masa mengembara dan menjelajah alam siber. Hari ini saya melayari beberapa laman blog tentang bagaimana cara menulis kajian ilmiah. Sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran kepada saya yang masih 'kelam' ni. Hai...nak fikir juga, apa tajuk nak pilih ni?

SERONOK BELAJAR ILMU BARU

Semakin kita belajar, semakin banyak yang kita tidak tahu.

Belajar Live journal

hai, salam semua

Belajar Live journal

Benda baru, payah le.Tak apa.

Profile

hasnah30
hasnah30

Latest Month

November 2010
S M T W T F S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930    

Syndicate

RSS Atom
Powered by LiveJournal.com
Designed by Akiko Kurono